KEHILANGAN
Aku merasa kehilangan
Hilang dari realiti
Hilang dari naluri hati
Hilang dari sini
Fikiranku melayang ke alam lamunan
Sibuk melayari perasaan
Marah, sedih, gembira, binggung
Semuanya bersatu dalam satu masa
Aku rasa dipenjara
Dalam alam fantasi
Indah, sunyi, sepi
Ceria bagai sang mentari
Namun api kemarahan mengambil alih
Rasa dihimpit pelbagai persoalan
Dipukul ombak keresahan
Menghanyutkan keceriaan